Sunday, April 1, 2012

[Travelog China] The Beginning

Alhamdulillah. 17 hari di tanah besar China memberi banyak pengalaman baru yang sememangnya amat berharga buat kami bertiga. Aku, Chang, dan Rudy memulakan pengembaraan ke China pada 1 Mac 2012 dengan menaiki penerbangan AirAsia dari LCCT terus ke Hong Kong. InsyaAllah jika masa mengizinkan aku akan cuba menulis dari awal hingga ke akhir serba sedikit pengalaman yang kami dapat dan tempat-tempat yang kami lawati sepanjang trip ini. Aku mungkin tak dapat nak memberikan gambaran sebenar suasana kehidupan masyarakat di sana, namun dengan paparan gambar dan sedikit catatan insyaAllah pengalaman ini dapat dikongsi bersama. Kalau betul-betul nak rasa boleh la rancang sekarang dan pergi sendiri =D

Memandangkan kami bertiga masing-masing mempunyai kamera sendiri dan lebih cenderung untuk ambil gambar pemandangan tanpa tuan empunya badan dalam gambar, so agak susah nak cari gambar sendiri dalam kamera hehe. Tapi ada la beberapa kerat, takde la sampai takde langsung. So, mungkin aku akan pinjam beberapa gambar daripada kamera diorang untuk letak kat sini. Jangan risau, aku letak credit sekali. Terima kasih.

DSC_7424

Buku Lonely Planet adalah antara benda wajib yang mesti ada kalau nak travel pergi China selain Visa. Dalam buku ni la segala maklumat kami dapat, kalau tak confirm sesat. Kitorang beli yang compressed version punya, sebab lagi menarik dan banyak gambar. Nak beli yang real version punya yang tebal tu pun boleh, lagi banyak maklumat, tapi yang ni pun dah mencukupi. Siapa-siapa nak pinjam boleh minta dengan Rudy, sebab buku tu dia yang beli.

DSC_7437

Memandangkan flight kami waktu siang, so tak boleh miss pemandangan yang superb lawa ni, masyaAllah =)

DSC_7502

Hong Kong International Airport tersangat la besar, nak ambil beg pun kena naik train. Ala-ala KLIA la juga kot.

DSC_7514

tertarik dengan design tempat ni, sambil ada beberapa orang tengah menunggu

DSC_7516

Di sini lah bermulanya perjalanan kami di Hong Kong. Hostel yang kami book berada di kawasan Tsim Sha Tsui. Bas A21 ni akan lalu sepanjang Nathan Road yang mana penghujung jalan tu adalah kawasan Tsim Sha Tsui. Kalau tengok map lagi senang, nak explain macam tak dapat nak gambarkan kawasan tu. Tsim Sha Tsui tu adalah kawasan yang strategik untuk jalan-jalan. Dari situ, nak pergi mana-mana pun dekat. Nak jalan-jalan kat Hong Kong ni senang je, subway dia ataupun dipanggil MTR boleh bawa kita pergi mana-mana je dalam Hong Kong tu, memang sangat efisien. Dalam buku Lonely Planet tu ada tulis stesyen mana yang kita perlu stop untuk pergi suatu tempat tu.

DSC_7522

Ok cukup setakat ni dahulu serba sedikit tentang permulaan perjalanan kami. InsyaAllah next entry aku akan cerita tentang tempat pertama yang kami pergi setelah tiba di Hong Kong ni, iaitu Disneyland!