Saturday, December 12, 2009

The Journey

DSC_4155

Jari-jemari ni makin lama makin malas nak menaip. Apatah lagi nak menulis nota2 anatomy, biochem, physio yang saban hari semakin banyak yang dipelajari. Sememangnya banyak yang aku pelajari daripada block 1 tentang cara2 pembelajaran dalam dunia medic ni. Caraku belajar suatu masa dahulu tidak lagi dapat diaplikasikan dalam kehidupan baru ini. Satu hari pun aku tidak boleh miss utk meng’update’ setiap topik baru yang dipelajari. Tapi tu pun x selalu buat hehe….

Cuti krismas nanti insyaAllah akan berpindah ke rumah baru bersama-sama reza, ayed, dan chang. Tak sabar2 rasanya nak memiliki sebuah bilik sendiri yang sebelum ni x pernah berpeluang pun berbuat demikian. Dari kecil sampai la sekarang bilik mesti share dengan orang lain. Dulu pun selalu berpindah randah, so nak dapat rasa duk bilik sendiri tu memang susah la. Rumah yang bakal kitorang duduki tu rumah baru lagi, baru je siap, kire first hand la, agak berpuas hati w/pn sewa tu mahal sikit daripada rumah2 sewa lain, tapi x kisah la, yang penting puas hati =) InsyaAllah akan post gambar2 rumah tu nnti.

Sambil2 sibuk belajar ni, sibuk gak la membuat persiapan untuk travel cuti bulan februari tahun depan. Memang excited sangat nak travel w/pn terpaksa berkorban untuk tak balik Malaysia. InsyaAllah lepas habis first year nanti baru balik menjenguk kampung halaman. Group travel ni terdiri daripada 8 orang, 5 laki 3 pompuan. Plan nak round2 seluruh India. Memang la xkan dapat nak pegi semua tempat sekaligus, just pegi tempat2 yang famous dan menarik je. Then, cuti2 yang seterusnya InsyaAllah akan travel luar India pula ^_^

Friday, November 20, 2009

End of Block 1

DSC_2332

Block 1 has ended. Tomorrow will be spotters for anatomy. Then the exam continue on Tuesday, Wednesday, Thursday, and Saturday.

I never ready for the exam. Since this our first block exam, I’ll try my best. I know I don’t read much, but I know I can do it. Maybe this can be a lesson for me to work harder in the next block. It is not like the older time anymore, where everything can be done in last minute. Life as a medic student is very different from what I thought.

Pray for my success =)

Wednesday, November 4, 2009

A Tough Week

DSC_2389

Many things have occurred this week. Although it haven’t been the end of the week yet, but I feel like I know what will happen then. I got 2 tests this week, anatomy and physiology. Then, this Thursday night I have a basketball match against batch 22 for the interbatch competition. But the most important thing that I want to tell here is about a shocking news that I got last two night.

My friend, which was my classmate during my primary school got an accident.

Her car was hit at the back

She was 50-50 when the ambulance arrived

But

Allah lebih menyayangi dia

I never had this feeling. The feeling of ‘losing’ a friend. She used to be my classmate when we were in primary school. I never seen her after I moved out to Sabah when I was 12 years old. Every time I go back there, I was always hoping that I’ll see her. But then, I never get the chance.

And that night, 2/11/2009

I got a news telling that she ‘gone’ already~

Al-Fatihah

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

~Amin~

Sunday, October 11, 2009

Genap sebulan

ray

Alhamdulillah, genap sebulan aku berada ni Manipal ni. Banyak perkara baru aku lalui. Rakan-rakan sekelas pun dah makin ramai aku kenal, termasuk la sorang African yang duduk kat depan aku, nama dia Joshua. Dia cakap rumah dia kat kawasan Madagascar, pulau apa entah. He’s friendly and he got an iphone :P

Then, senior2 pun dah makin ramai kenal, especially batch 21. Diorang semua baik sangat sampai aku pun segan hehe. Dapat kenal dengan ketua photography MMMC magazine. Dia ada D300. Jeles2 :P . Dapat belajar banyak gak tips2 photography, cara nak guna speedlight, jenis2 lens, dan cara nak amik gambar macam gambar kat atas ni, best!

Motor. Perlukah aku ada motor? Kat sini motor memang satu keperluan yang agak penting. Kalau ada motor nak gi mane2 pun senang. Nak naik auto pun bleh je tapi susah ah skit. Tak flexible sangat. Budak2 ni pun dah ramai yang beli motor. So xkisah sangat la, tumpang je diorng hehe. Maybe next year la kot beli. Banyak lagi benda2 menanti dalam wishlist hehe.

Belajar. Hmm medic memang betul2 menguji aku. I’m not the ‘ulat buku’ person. So it’s very hard for me to catch up with the study. Hari2 banyak input yang dapat. Topik yang hari2 sebelum tu pun xfaham habis lagi. Tambah lak yang baru. Memang penat ah. Kelas pun sampai petang. Pastu malam ngantuk. Xtau bila nak study huhu. Tapi kalau orang lain boleh buat, xkan aku xboleh. InsyaAllah dengan lebih usaha dan fokus aku boleh buat. I’ll not disappoint my parents. Diorang mesti menaruh harapan yang tinggi kat aku :)

All the best buat rakan-rakanku yang berada ni India, US, Czech, UK, dan yang menyusul nanti New Zealand.

Wednesday, September 30, 2009

Adaptation

endpoint

Medic ni bukan calang-calang bidang, ada orang cakap bidang ni senang je sebab just perlu baca dan hafal. Tapi itu semua tak betul. Kalau betul la dapat hafal je, memang aku hafal je Chaurasia, Ganong, Lippincott tu. Susah..

Kat India ni, bukan setakat nak baca buku-buku tu je, nak kena faham accent lecturer tu pula. Ada yang senang faham. Ada yang xfaham sepatah pun, kalau dapat tangkap pun sikit-sikit je la.

motor = motar

environment = enviyonment

nerve = nouse

dan macam-macam lagi, kalau x pay attention memang lost la dalam lecture tu

tapi tu semua cuma cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu, kalau kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, InsyaAllah kita boleh buat, dan berjaya dalam bidang masing-masing :)

*gambar di atas adalah view dari padang bola atau lebih dikenali sebagai Endpoint. Gambar ni diambil waktu sunrise :)

Saturday, September 26, 2009

Future

DSC_9968

Dah lebih 2 minggu aku berada di sini

Macam2 benda dah berlaku

Bukan senang nak hidup kat tempat orang. Tapi, kat Manipal ni bleh kre senang la sebab ramai Malaysian, makanan pun banyak yang halal, cakap je nak makan ape, semua ada

Lectures dah start. Cadavers pun dah jumpa. Medic ni bukan calang2 bidang. Dulu rasa ape la sangat blaja medic ni, hafal je, bukan ade subjek Math pun nak kira2. Tapi tu semua tak betul. Kalau xde minat memang susah nak faham. Even nak hafal bulat2 dr buku pn susah dan xde gunanya.

Diri aku ni bukan untuk medic sebenarnya. Lebih kepada yang sebaliknya. So, kre memang high risk la. Minat lain amik lain. Tapi, dalam dunia ni tak semestinya kita ikut ape yg kita nak sahaja. Sampai bila nak berkembang. For me, bila amik medic ni, i get 2 different things. Learn something new and improve my current interests

DSC_0819

Orang biasa cakap budak medic ni ‘nerd’. Belajar je all the time.

I don’t think so. Kenapa nak belajar je sampai pecah kepala. Get something to release the tension.

Disebabkan cita2 masa kecik dl tak kesampaian, so I take it as hobby =)

Sunday, September 20, 2009

Raya Oh Raya

jawo

Dah 20 tahun sambut raya, ni la pertama kali raya bleh ‘cancel’. Tak tahu la macam mana cara pengiraan kat India ni, tau2 je raya tunda hari Isnin, dapat tahu pula time malam raya, makanan semua dah siap, pelik2….

So, kena la puasa lagi sehari. Nak raya esok pun macam tak raya. Semua orang dah hilang mood raya. Takpe la. Maybe ni pengalaman sambut raya macam ni pula. Tak penah2 lagi berlaku.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir & Batin

=)

Saturday, September 19, 2009

Taste of India

hdr12

di sini la bermulanya perjalanan kami semua, Manipal University

DSC_9508

first time menjejakkan kaki kat bumi India, agak sejuk, 23 darjah celcius

DSC_9599

ni la bakal2 doktor =P insyaAllah

DSC_9623

MARA students…..KMS, Shahputra, KTT

DSC_9591

tak sempat nak tulis panjang2, macam biase la, letak gambar je hehe, nk tgk banyak lagi gambar ade kat facebook =)

Thursday, September 3, 2009

Miserable

cat2

pening dengan tarikh flight

pening dengan barang2 tak pack lagi

pening sempat tak balik lepas briefing

pening kot2 ade barang tertinggal kalau kelam-kabut camni

pening……malam ni dah nak pegi Melaka huhu

InsyaAllah semua OK

p/s: SE, pinjam gambar kucing ko =P

Tuesday, September 1, 2009

HDR Technique

just learnt HDR technique recently, it’s quite easy using Photomatix Pro 3.0

I chose three different exposures; –3, 0, and 3 (using photoshop)

then combined it using the software, tweaked a little bit, and here is the result….

 hdr2

nearly sunset at Pantai Marina, Kemaman

for this one, i just tweaked it a little bit, so it might be different from normal HDR, i like it this way

this technique only works on certain subjects, not all  photos can be processed into HDR, otherwise it might turns HORRIBLE :P

Monday, August 24, 2009

Morning shot 4

DSC_91591

~ just follow the flow ~

……we never know what will happen then……

Tuesday, August 18, 2009

Lagi sekali

DSC_89891

nampaknya aku ‘bermain’ lagi dengan photoshop

tu maknanya aku dah boring sangat

nak packing, rasa macam lambat lagi

nak isi borang, semua dah isi

nak tido, dah puas tido

nak amik gambar, dah xde tempat nk bergambar dah

nak tengok movie, dah xde mood

facebook pn dh xde benda nk wat dah haha

so, ape lagi boleh buat?

sape2 bleh bagi idea? :P

Wednesday, August 5, 2009

Kalau la ada 55-200 mm time tu

DSC_87991

Burung ape ni ye? Aku memang lemah bab2 nama burung ni

Just got this at the back of my house this morning

Xpenah2 pulak nampak burung2 ni berkeliaran kat kawasan rumah aku ni

Kalau la aku ada lens yang boleh zoom dekat lagi, mesti dapat gambar lagi lawa

So, when I got a little bit closer, they flew away~

Tuesday, August 4, 2009

Jom berphotoshop…

DSC_87751

hmm aktiviti time boring. Walaupun borang tak isi habis lagi, tapi xde mood nak isi. Lepax2 main photoshop lg best :P

DSC_8773

ni semua gambar cupcakes time kenduri aqiqah kat TTDI ari tu

memang dah jadi trend orang sekarang bagi cupcake time kenduri

aku try yang ade teddy bear tu je, tak minat la nak makan cupcake ni hehe

~~~~

Sunday, August 2, 2009

KL my second home

Bulan Julai je, dah 3 kali aku pegi KL. Kali ni pergi untuk amik surat MARA plak. Sambil2 tu pegi kenduri aqiqah kat rumah atuk sedara aku kat TTDI. Aku usha2 gak mane la rumah SE yang pegi hari tu, tapi xingat dh jalan mane hehe. Memandangkan ayah aku adalah sulung, so sepupu sepapat aku mostly budak2 kecik. Penat melayan. Budak2 skang ni pun dah kire maju, ingatkan diorang syok nak bergambar, rupe2nya berebut nak amik gambar ngan camera aku :P

DSC_8721

so kali ni, aku letak gambar budak2 ni je la, plus edit2 skit ngan photoshop :D

DSC_8786.

next week kena pegi KL lagi nak wat VISA n hantar bdak2 AS

tp memandangkn sume tarikh berbeza2, aku gi hantar bdak2 Iowa je la 12hb tu, boys AS pun mostly gi Iowa gak kn, yang lain2 tu datang la skali time 12hb tu, so kire dh hntar skaligus la sume tu hehe, ok

Tuesday, July 28, 2009

gambar aku la plak…..

haha tajuk xde kena mengena dengan event, just nak share ape yang berlaku time graduation beberapa hari yang lalu.

kali ni aku tak berapa aktif mengambil gambar coz rasa penat sangat + malas + xde mood

sebab tu kali ni ‘banyak’ skit gambar aku hehe :P

DSC_8569

memandangkan parents aku tak datang, so aku ‘bebas’ membuat apa saja

tapi aku tak buat ape pun, just duk lepak tepi tiang dan tengok orang bergambar

DSC_8609

ape yang best?

boleh jumpa cikgu

boleh bagi hadiah kat cikgu

boleh kenal parents kawan2

boleh jumpa kawan2

dapat doorgift yang best! (thanks teachers)

makanan tak best langsung!!

 

DSC_8628

anyway, thanks to the college for the great graduation day

we love it very much

till we meet again~

 

zik, thanks tumpangkan rumah n transport

Wednesday, July 22, 2009

Kisah 2 sahabat

DSC_8493

Hijau: Itu la kau, aku suruh bawa slow2 tak nak, kan dah sangkut kete ni

Biru: Ape class bawa ferrari slow2, malu la aku, dah2…jangan duk bising plak, jom kita cari jalan balik

DSC_8510

Biru: Oiii cepat la panjat, lembab betul la kau ni, pokok senang camni pun tak boleh panjat, aku belum suruh kau panjat Gunung Ledang lagi

Hijau: Alaa bising la kau ni, banyak2 jalan kat sini, pokok ni juga kau suruh panjat, rumah kita bukan atas pokok pun

DSC_8507

Hijau: Haaa tengok! kan dah jatuh, aduiiii sakitnya tulang belakang aku, harap2 la tak patah huhu

Biru: Nasib baik pokok tu rendah, kalau tak dua2 keOk! Dah la belum kahwin lagi, kesian kat aku :P

DSC_8512

Hijau: Eh, ada gua la kat sini, agak2 kalau lalu sini boleh sampai tak rumah kita? Kalau jumpa rumah Hagrid pun oryte gak ni

Biru: Rumah Hagrid tu kat Hogwart laaa, sini Kemaman, macamane nak jumpa, entah2 boleh jumpa penyu, jom masuk!

DSC_8519

Hijau: Yeah!! Jumpa gak rumah kita. Tak la jauh sangat rupanya. Memang kau kawan yang boleh dipercayai la Biru, bangga aku dapat kawan macam kau :)

Biru: Itu la, lain kali kena la percaya kat sahabat, kalau tak, apa guna kita berkawan kan :) Jom balik…Alamak! aku tertinggal kunci kat dalam kete!!!!! Kunci kete pun aku tinggal, habis la kena curi ferrari aku huhu

p/s: hargai la sahabat anda, tanpa mereka, we have nothing…. :)

Tuesday, July 21, 2009

Nikmat Senja

lumrah manusia mesti hendakkan sesuatu yang tidak ada

hinggakan apa yang sedia ada tidak langsung diambil peduli

meskipun itu adalah sebaik-baik nikmat yang Allah telah berikan

namun bilakah manusia hendak bersyukur?

tidakkah mereka tahu setiap perkara ada hikmahnya?

DSC_8398

ibarat matahari diwaktu senja

hanya mereka yang benar2 memerhati mampu menikmati keindahannya

kita sering leka dengan keindahan duniawi, tanpa menjenguk kehebatan sebenar alam ini

setelah ditatapi oleh insan bergelar ‘camera’

barulah setiap detik itu mula dihargai

senja….

setiap petang pasti akan tiba

jika tiada hujan atau jerebu yang melanda

kilauanmu pasti memukau

begitulah kehidupan kita

sentiasa mahukan semuanya sempurna dan menepati kata hati

sedangkan mereka tidak tahu, disebalik awan mendung dan jerebu itu, setia menanti sang mentari

(ada makna tersirat disebalik semua ni, kalau sape2 yang faham, bagus la, tapi kalau x faham ape pn, abaikan je la hehe, xtau la ape yang aku duk mengarut ni, xpenah2 pun tulis macam ni :P. Just a piece from deep inside my heart)

Saturday, July 11, 2009

Musim buah

terpaksa balik KB lagi minggu ni coz nak amik sijil2 kat rumah, tp alang2 tu singgah la kat kampung sebab skang ni musim buah. Memang banyak sangat buah sampai aku pun x larat nak makan.

DSC_7773

hari tu awal2 pagi lagi kitorang dah pegi dusun. I was amazed by the scenery there. The sunlight penetrated through the leaves and the trees make it worthful if you bring along your ‘big’ camera :P. The enthusiasm to eat all the fruits there also has faded out as I was more interested to take the pictures hehe

DSC_7791

I really like the ray of light. I must quickly take the pictures as the sun is rising. It  always change. If I’m late, then everything is gone.

DSC_7838

durian oh durian

DSC_7873

Haha aku duk kacau je beruk ni. Nasib baik ade tali, kalau x, x pasal2 aku kena terkam. At last, I managed to get this view.

after all, syok gak dapat makan banyak buah, jarang2 skali ade musim buah ni, lepas ni xtau ble lagi dapat balik kampung time musim buah huhu

~end~

Tuesday, July 7, 2009

bawa ayed jalan…..

i guess everybody talk bout their results in blog, but i don’t want to. reason? coz xde gambar nk letak haha

beberapa hari sblm kuar result tu farid datang rumah aku, so aku bawa la jalan2 gi Kelantan coz kat Kemaman ni xde ape sgt yg best

so bermula la journey kitorng ke rumah kawan2 yang sempat dilawati di Kelantan

DSC_7630

aku memang suke sgt2 rumah qori ni, memang lawa btul, klu aku wat rmh nnti, aku nak design sndri la cmni

DSC_7676

pastu serang rmh Aizan plak, best duk kawasan kmpung mcm ni, aman je…makan pn best2, thanks aizan

DSC_7708

ni kat rmh Ghazi plak, paling syok borak ngn bapak die, sporting habis!! gaya ckp nk lebih kurang Ghazi je hehe, thanks utk laksa, keropok, n lain2, keje makan je :P. fathi n qori duk test moto ghazi, pastu gi round keliling kampung

hmm kali ni xbyak gmbr pn, just pegi melawat rumah kwn2, tp mmg best la coz dpt kenal rumah diorng ni sume, nnti nak lawat yg kat negeri lain plak, insyaAllah

for result, Alhamdulillah lepas :)

Wednesday, July 1, 2009

Books

books

kalau di KMS dulu, memang teringin nak baca buku2 ilmiah, novel, dan juga majalah. Tapi memang xde masa yg sesuai, kononnya la. Alasan? buku IB pn xhabis baca lagi, nak baca buku2 lain, mane la ade masa. But now? I got plenty of time but still x baca2 gak buku. Buku dah banyak. Bertimbun-timbun. Sampaikan xtau nak baca yg mane satu. Kalau pegi kedai buku tu, macam semua buku je nak beli, tapi bila dah beli, x baca gak. So, aku rasa aku lagi suka kumpul buku daripada baca hehe :P . I don’t know whether you guys have they same habits like me or not. Baru baca dua tiga pages dah tutup balik. Sampai bila la nak habis (i’m not like you ok, wankhai, 2,3 jam dah bleh habis satu buku :P)

skang tgh menunggu ketibaan Farid dari Johor, esok maybe balik KB, at last dapat gak jumpa kawan2 daripada ‘terkurung’ di daerah Kemaman ni yg xde kawan langsung hehe

Monday, June 29, 2009

Perak~

DSC_7447

minggu lepas pegi UITM Seri Iskandar Perak…adik aku dapat masuk ctu kos senibina. teringin gk nak masuk ctu sbb tmpt die besar btul. aku pn cube la banding ngan kms hehe. mcm langit ngn bumi. memang la kn, ni universiti, kms tu kolej je. tp aku lebih ska kms sbb dkat ngn bandar haha. sini agk jauh gk la. klu ade pn pekan kecik je. jauh skit smpi la ipoh.

hmm aku xde ape nk ckp pn sbnrnya, melihat topik2 rakan2 kms yg sumenye ‘hot2’. ak xtau nk comment pe. cukup la pengalaman mengajar aku haha.

~end~

Thursday, June 25, 2009

Funfair!!!

akhirnya masa yg ditunggu2 tiba. adik aku xhenti2 duk ajak aku pegi funfair. maka,sampai la aku,abah,abg cik dan adik kat funfair tu. orang memang xpyh cakap la,ramaiii sgt. parking pnuh je. nasib baik la rumah aku dkat tu je. so bleh jln kaki je.

DSC_7104

kali ni versi malam plak. malam la paling mencabar utk amik gambar coz lightning kureng skit. so kna pandai2 la ubah aperture and shutter speed. i boost the ISO up to 800, so that it becomes more sensitive to light. bagus klu dapat pakai tripod, tp leceh la nk bawa bnda tu. so main tangkap je la. sbb tu bleh nampak blur2 skit.

DSC_7287

aku nak naik yg ni! tp time tu duit cukup2 je, xleh nk naik. len kali la kot. dari dulu lagi memang teringin nak amik gmbr benda ni. sbb selalu nmpak org amik. ingat nak amik dari angle yg lg lawa tp segan la plak ngn orang lalu lalang haha. mesti diorng pelik ape la mamat ni duk pusing sana pusing sini amik gmbr huhu.

DSC_7186

HORROR HOUSE~ haha aku tgk rumah ni pn dah lawak, ape la yg horror agknya. xmsuk pn. xnk aku bazirkn duit msuk bnda ni. baik aku main benda lain :P

DSC_7233

ni view dari atas euro wheel tu. ramai kn orang. ramai tgk je pn. yg naik xde la rmi sgt. mahal gk la stiap permainan tu. smpi rm 6 –8 sorang. mane x pokai bapak2 yg bawa family hehe.

DSC_7341

haa ni bkn kat funfair. tapi kat pekan budaya sblh funfair ni. ade satu booth tu pamer anak penyu. mmg sebelum ni xpnah pn jmpa anak penyu. apatah lg memegangnya. menarik~ comel je haha

ok la, ni je la stkat ni. nak letak lg gmbar sbnarnya. tp nnti banyak sangat serabut plak blog ni (tp memang dah bnyak pn haha)

kepada bdak2 as yg gi kelantan 26hb ni, selamat jalan la ye, sori xdapat join~

Tuesday, June 23, 2009

Evening Walk~

Petang tadi jalan-jalan pegi padang astaka. Malam esok ade funfair. So, daripada kebosanan duk kat rumah, aku pun ajak la adik aku yg paling kecik pegi jalan2 kat situ. Funfair tu still under construction tapi dah hampir siap kot. Agak besar gak funfair ni. Dah lame x pegi. Paling last pegi funfair ni time sekolah rendah dulu kot :p. Aku pun bawa la camera aku skali. Rase pelik gak bawa camera ni, orang yg jalan2 ctu dk tgk je,ak pn cuak, rase mcm tourist plak, padahal duk depan tu je hehe

DSC_7029

waktu2 senja ni, mata aku msti duk tgk atas je, tgk2 klu ade scene menarik nak amik. Petang ni awan xnmpak sgt, klu ade pn skit2 je, but I think I still manage to get a good shot,maybe~ hehe

DSC_7038

euro wheel….permainan ni yang paling besar kat cni. Malam esk kompem aku akan naik :) xsabar plak haha. Sape nak join meh datang Kemaman :P

DSC_7059

Sambil2 tnggu adik aku duk main kat taman permainan ni, aku nampak sekor kucing. Susah gak nak amik gambar. Kejap pusing sana, kejap pusing sini. Last2 aku letak je camera kat bawah pastu tekan je. Ni la hasilnya. Aku baru perasan mata kucing ni lain skit. Memang macam ni ke or cmne?

~end~