Monday, January 24, 2011

Hi

DSC_2548

One month from now, I will be one year older…..

Ok, stop.

Part paling malas dan susah time nak tulis entry baru kat blog ni adalah part nak menjelmakan idea, buah fikiran, kekusutan, yang saban hari makin bertimbun dalam otak ni, ke dalam bentuk ayat. Tu la, dulu abah suruh pergi tuisyen English malas, so merasa lah susahnya sekarang.

I just want to keep updating this blog, not much to say actually. So, I thought I want to write something today.

Career

Medic oh Medic. Masih dalam usaha melatih diri untuk meminati bidang yang penuh mencabar ini dengan sepenuh hati. Bukan tak minat, tapi masih belum menjadi main priority. Baru-baru ni pun time tengah syok main game ‘Cut the rope’ kat ipod member (bermain dengan cemerlangnya =P), sorang member ni cakap, lebih kurang macam ni la, tak ingat ayat yg betul, “haa tgk macam mana otak engineer main” Tersentak sekejap. Sedih pun ada. Biasanya memang selalu terfikir, kalaulah aku ambil engineering sekarang, I would have done better in my performance. Tapi cepat-cepat matikan tanggapan tu, sebab tau Allah yang pilih aku masuk dalam bidang ni, so mesti ada hikmah disebaliknya. Sabar la dulu buat masa ni. Masa tu akan tiba. Aku yakin. InsyaAllah.

Basketball

Alhamdulillah. Part ni puas hati. Basketball bukan setakat game baling bola masuk dalam ring je, tapi juga dapat ramai member-member baru. Satu benda yang paling suka pasal basketball, especially kat manipal ni, I like the bond that formed between us. Even umur lain-lain, gender lain-lain, bangsa lain-lain, tapi macam ada satu benda tu yang merapatkan kami semua. I’m really happy about it. Thanks guys =)

Photography

As long as new photos keep coming from my camera, that is enough to make me happy. Just kadang-kadang tu tak ada idea nak ambil gambar apa dah. Kalaulah ada geng macam Hariz, Omar, Hasanul Asyraf, kat Manipal ni, sure perfect!

Relationship

Erk. Topik yang best tapi paling tak ada benda nak cakap. Bukan tak ada isi, tapi………….I rather not to talk about it. Tapi memandangkan sebulan lagi nak masuk umur 22 tahun, usia yang memang patut fikir pun pasal benda-benda ni (yeke?) Maybe boleh la kot cerita apa yang patut. Sekarang ni pun, dalam kalangan member2, group usrah, mesti tak boleh lari dah daripada bercerita pasal pasangan hidup ni. Kalau sehari tu tak kenakan kawan2 pasal ni memang tak sah. Hmmm nak cakap pasal apa? Takde kot.

 

Dah maghrib. So stop dulu la. MAYBE akan sambung kemudian. Kalau rajin.