Sunday, January 1, 2012

The.End.2011.Welcome.2012.

Nampaknya makin kerap pula update. Kalau tak update tu, boleh sampai berbulan-bulan. So seperti mana yang semua tahu, hari ini dah masuk tahun yang baru, 2012. Dalam dua bulan lagi akan mencecah umur 23 tahun. Wahh…macam tua pula. Kalau orang tanya pastu cakap umur tu mesti ramai tak percaya. Bukan perasan muda tapi memang realiti  -__-‘
 
Hari terakhir tahun 2011, member-member ajak berkonvoi ke Kaup Beach. Aku memang dah lama berhajat nak pergi, tapi tak pernah jadi. Alhamdulillah akhirnya berjaya menjejakkan kaki kat pantai ni. Apa special sangat Kaup Beach ni? ada lighthouse. Memandangkan kawasan pantai tu banyak batu-batu, maka agak sesuai untuk peminat landscape photography untuk ambil long exposure shot. Aku pun baru cuba-cuba teknik ni, since baru beli filter cuti lepas. Jom tengok hasilnya.
 
IMG_0328IMG_0329











 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ok belum lagi….dua gambar ni ambil guna iPhone dan diproses melalui Instagram (actually gambar-gambar ni nampak jauh lagi better dalam phone, bila dah masuk komputer dah kureng sikit, tapi still ok kot). I love Instagram very much, the filter effects are really cool.
 
DSC_6841_2_3_fused
 
 
DSC_6855_3_4_fused_stitch
 
dan inilah hasilnya….ok la kot untuk pengenalan. insyaAllah akan terus memahirkan teknik ni. Siapa-siapa yang rasa ada part yang perlu diperbetulkan, boleh la komen, baru la boleh improve =)
 
Sekian sahaja post pengenalan untuk 2012. Semoga tahun ni akan menjadi lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga amal terus berganda. Semoga hubungan terus berkekalan =) Aminn.