Wednesday, September 30, 2009

Adaptation

endpoint

Medic ni bukan calang-calang bidang, ada orang cakap bidang ni senang je sebab just perlu baca dan hafal. Tapi itu semua tak betul. Kalau betul la dapat hafal je, memang aku hafal je Chaurasia, Ganong, Lippincott tu. Susah..

Kat India ni, bukan setakat nak baca buku-buku tu je, nak kena faham accent lecturer tu pula. Ada yang senang faham. Ada yang xfaham sepatah pun, kalau dapat tangkap pun sikit-sikit je la.

motor = motar

environment = enviyonment

nerve = nouse

dan macam-macam lagi, kalau x pay attention memang lost la dalam lecture tu

tapi tu semua cuma cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu, kalau kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, InsyaAllah kita boleh buat, dan berjaya dalam bidang masing-masing :)

*gambar di atas adalah view dari padang bola atau lebih dikenali sebagai Endpoint. Gambar ni diambil waktu sunrise :)

Saturday, September 26, 2009

Future

DSC_9968

Dah lebih 2 minggu aku berada di sini

Macam2 benda dah berlaku

Bukan senang nak hidup kat tempat orang. Tapi, kat Manipal ni bleh kre senang la sebab ramai Malaysian, makanan pun banyak yang halal, cakap je nak makan ape, semua ada

Lectures dah start. Cadavers pun dah jumpa. Medic ni bukan calang2 bidang. Dulu rasa ape la sangat blaja medic ni, hafal je, bukan ade subjek Math pun nak kira2. Tapi tu semua tak betul. Kalau xde minat memang susah nak faham. Even nak hafal bulat2 dr buku pn susah dan xde gunanya.

Diri aku ni bukan untuk medic sebenarnya. Lebih kepada yang sebaliknya. So, kre memang high risk la. Minat lain amik lain. Tapi, dalam dunia ni tak semestinya kita ikut ape yg kita nak sahaja. Sampai bila nak berkembang. For me, bila amik medic ni, i get 2 different things. Learn something new and improve my current interests

DSC_0819

Orang biasa cakap budak medic ni ‘nerd’. Belajar je all the time.

I don’t think so. Kenapa nak belajar je sampai pecah kepala. Get something to release the tension.

Disebabkan cita2 masa kecik dl tak kesampaian, so I take it as hobby =)

Sunday, September 20, 2009

Raya Oh Raya

jawo

Dah 20 tahun sambut raya, ni la pertama kali raya bleh ‘cancel’. Tak tahu la macam mana cara pengiraan kat India ni, tau2 je raya tunda hari Isnin, dapat tahu pula time malam raya, makanan semua dah siap, pelik2….

So, kena la puasa lagi sehari. Nak raya esok pun macam tak raya. Semua orang dah hilang mood raya. Takpe la. Maybe ni pengalaman sambut raya macam ni pula. Tak penah2 lagi berlaku.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir & Batin

=)

Saturday, September 19, 2009

Taste of India

hdr12

di sini la bermulanya perjalanan kami semua, Manipal University

DSC_9508

first time menjejakkan kaki kat bumi India, agak sejuk, 23 darjah celcius

DSC_9599

ni la bakal2 doktor =P insyaAllah

DSC_9623

MARA students…..KMS, Shahputra, KTT

DSC_9591

tak sempat nak tulis panjang2, macam biase la, letak gambar je hehe, nk tgk banyak lagi gambar ade kat facebook =)

Thursday, September 3, 2009

Miserable

cat2

pening dengan tarikh flight

pening dengan barang2 tak pack lagi

pening sempat tak balik lepas briefing

pening kot2 ade barang tertinggal kalau kelam-kabut camni

pening……malam ni dah nak pegi Melaka huhu

InsyaAllah semua OK

p/s: SE, pinjam gambar kucing ko =P

Tuesday, September 1, 2009

HDR Technique

just learnt HDR technique recently, it’s quite easy using Photomatix Pro 3.0

I chose three different exposures; –3, 0, and 3 (using photoshop)

then combined it using the software, tweaked a little bit, and here is the result….

 hdr2

nearly sunset at Pantai Marina, Kemaman

for this one, i just tweaked it a little bit, so it might be different from normal HDR, i like it this way

this technique only works on certain subjects, not all  photos can be processed into HDR, otherwise it might turns HORRIBLE :P