Tuesday, March 22, 2011

The End

DSC_5518_stitch

Masa di Malaysia tinggal lagi lebih kurang 3 hari. Maka, tamat la cutiku selama sebulan. Yup, kami memang cuti sebulan je berbanding rakan-rakan overseas lain yang biasanya cuti 3 bulan. Kenapa begitu? tanya la India. So, apa yang aku buat sepanjang cuti yang ‘lama’ tu?

Tengok gambar kat atas tu pun dah tau. Cameron Highland. Trip ni anjuran mak saudara belah ayah aku. Walaupun tak semua adik beradik ayah aku dapat hadir, but still it was great. Dapat jumpa sepupu-sepupu yang semua dah besar-besar belaka. Nama diorang pun aku tak ingat, maybe tak tau pun. Tapi sepupu-sepupu yang ada pun semua kecik-kecik lagi. Yang sebaya dengan aku semua tak cuti. So main dengan budak-budak je la kat sana.

geng

Sebelum pergi ke Cameron tu, ada satu lagi event yang best. Jumpa geng-geng camera. Sorry Hariz curi gambar kat facebook. So, paling kiri tu aku, then Hariz, member sekolah menengah dulu, then Omar, otai photography aka tokey racun bak kata Hariz haha, kenal kat facebook, ni first time jumpa. Paling kanan tu Irfan, the only sony alpha user, member kat Manipal. Outing ni sangat la best. Banyak dapat belajar benda baru, try lens 85mm 1.8, dan lepak-lepak kat klcc. Harap dapat jumpa lagi next time. InsyaAllah.

DSC_5916

Tadaa! Kasut baru haha. Since kasut sekarang dah koyak rabak, so ‘terpaksa’ la beli baru. Sorry reza, kasi koyak dulu kasut ko baru boleh beli. Ingat nak try shoot ala-ala iklan kasut, tapi kemahiran tak berapa cukup lagi, ni pun still dok testing lagi speedlight. Agak susah, tapi best.

So, setakat tu dulu la. Flight hari Jumaat ni pulang ke Manipal. Doakan perjalanan kami agar selamat sampai. Azam baru block 3. Banyak nak kena backup. Salam.

Saturday, March 12, 2011

Clouds

Ok. Saya sangat bosan di rumah. Member semua dok jauh-jauh. Kalau ada sorang member kat sini pun jadi la. Tak kisah la siapa. Boleh la buat borak, lepak minum-minum kat warung ke. What make it worse now, no car. Nak ronda-ronda ambil gambar pun tak boleh. Kan bagus stay kat KL hari tu lama sikit, siapa suruh balik, kan dah menyesal. Tapi takpe, lusa family day kat Cameroon Highland =)

So for now, sebab dah bosan sangat, macam biasa akan geladah satu folder dalam laptop ni iaitu ‘Pictures’

I love clouds. It makes a picture far more better and looks very very interesting. So upload la sikit gambar-gambar awan ni. Gambar tak menarik pun, I just love the clouds.

DSC_5217

DSC_5219

Sayangnya kat Manipal jarang-jarang sekali nampak awan yg dramatic. Kalau musim panas tu memang takde langsung, clear je langit tu. Kalau monsoon season tu boleh tahan la banyak awan. Dan hujan.

So, I’m hoping a great series of photos from Cameroon

Chow~

Thursday, March 10, 2011

Universal Studio Singapore

Hai. Malas nak menulis sebenarnya. Tapi nak gak tulis. Hmm seminggu yang lepas pergi Singapore. To be exact, Universal Studio Singapore. Since trip ke Egypt terpaksa cancel, so gantinya pergi la ke USS. So apa ada kat sana?

DSC_4357

Sebelum tu, nak cerita pasal orang Singapore ni. Well, I’m impressed. Dalam MRT (same as LRT in Malaysia), diorang ni sangat la rajin. They read. Not magazine. Not newspaper. Not comic. But academic book. Even tengah jalan pun sempat lagi buat soalan math. Nak naik bas pun diorang buat satu line panjang. Beratur. Walaupun tak ada pegawai yang berjaga dan suruh diorang buat macam tu. And one more, mostly people there use iphone. Tak kira la pakcik ke, makcik ke, tua ke, muda ke, masing-masing ada iphone kat tangan. Kalau bukan iphone, Blackberry. Ada la beberapa orang yang nampak pakai phone selain tu.

DSC_4402

Maka sampai la kami ke tempat yang nak dituju. I don’t know how to describe the place. But for me, you should go! Seriously! Walaupun entry fee agak mahal, SGD 66 (RM158), tapi sangat berbaloi. My advice, go early in the morning (well it opens at 10am) until the place closes. So baru berbaloi kan hehe. Lagipun tempat tu boleh kira besar dan banyak aktiviti yang boleh buat, including shows, rides, and mostly taking pictures! They place is beautiful. As I said earlier, malas sebenarnya nak menulis. So memang tak nak cerita pun apa yang kitorang buat kat sana. For more pictures boleh la tengok kat facebook. Nak tau apa best boleh la tanya personally. Ok. Assalamualaikum.