Friday, December 30, 2011

Twenty-Five: Part 2

2 minggu yang lalu, Ezzat Razini datang dari Bangalore untuk melawat kami-kami di sini. Al-maklum la tempoh kami di sini dah tak lama. Tahun depan semua nak balik sambung belajar kat Melaka dah (insyaAllah). Tapi Izzat (bekas roomate aku kat KMS dulu) tak boleh datang, tak berapa sihat, terpaksa cancel last minute. So, since Ezzat dah ada kat sini (Manipal), berkumpul la geng-geng KMS macam dulu, walaupun tak la lengkap sepenuhnya. Manipal ni tak ada tempat nak jalan-jalan sangat, I mean yang dekat-dekat. Kalau yang jauh sikit tu ada tapi tak sempat nak bawa, sebab Ezzat pun datang kejap je. Maka, aku pun bincang la dengan budak-budak ni apa nak buat. Last2 buat la BBQ, dengan bantuan Ghazi yang urus segala-galanya.

DSC_6368

Ini ialah Edi. Masterchef kami kat sini. Sememangnya semua yang dia masak malam tu memang top class!

DSC_6385

Ini adalah cara yang paling efektif untuk mempercepatkan proses menghidupkan api hehe

DSC_6397

Ayam-ayam yang sedang dibakar

Keesokan harinya, turn budak-budak pompuan pula buat makan-makan. Kali ni memang eksklusif untuk budak-budak KMS je. BBQ malam tu kitorang ajak semua budak-budak laki batch 25. Sebelum ni aku dengan Chang dah plan nak buat BBQ kat rumah, so alang-alang Ezzat dah datang, maka terus la buat BBQ untuk semua. Yeah it was fun!

DSC_6456 (2)

So ini la kami =D Walaupun tak semua ada, tengok ramai ni pun dah cukup best. Gabungan M31 dan M32.

DSC_6450

Terima kasih Ezzat sebab datang! insyaAllah kalau ada peluang dan masa terluang, jemput la datang lagi, sementara budak-budak ni masih ada, aku memang akan ada lagi hehe.

Wednesday, December 28, 2011

Bintang-bintang

‘Update’ blog tidak semudah macam dulu. Banyak fikiran yang sangkut dalam kepala ni, tak mampu nak diluahkan dalam bentuk tulisan. Sebelum ni ada ‘publish’ satu ‘post’ yang boleh tahan panjang, tapi ‘draft’kan balik sebab takut ada sesetengah pihak yang akan tersinggung. Teringin nak menulis tanpa ambil kisah perasaan orang, tapi tak boleh la macam tu kan, kena la jaga hubungan sesama manusia. Maka, aku ambil langkah simpan dalam hati je. Tengoklah mana tau dah bengang sangat sampai terpaksa ‘publish’kan semula. Tapi bila marah tu, seelok-eloknya jauhkan la daripada twitter, facebook, blog….nanti bila dah reda mesti menyesal dengan apa yang kita tulis tu. Ambillah wuduk, insyaAllah marah tu hilang.

Sekarang ni aktiviti bergambor agak aktif. Terima kasih kepada Jani (Syazani) yang sungguh bersemangat belajar benda-benda baru. Macam tu la semangat yang aku nak tengok bila dah beli DSLR, bukannya simpan dalam almari, time travel or ada ‘event’ je baru nak keluarkan. ehem. maaf kalau siapa-siapa terasa =P. Paling terkini aku dapat praktiskan mengambil gambar pergerakan bintang-bintang di langit. Satu proses yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kena cari tempat yang betul-betul gelap. Kena tahan kesejukan angin malam (pakai la sweater). Kena berperang dengan nyamuk, sebab kebanyakan tempat nak ambil gambar bintang ni adalah kawasan semak. Kena ada kawan paling kurang seorang untuk berbual sambil menekan butang ‘shutter’ setiap 30 saat, baru la tempoh sejam tu rasa sekejap je. Ok, di sini aku tunjuk satu gambar ‘Star Trails’ yang bagi aku agak memuaskan, untuk percubaan yang kedua. Percubaan pertama lokasinya kurang mantap maka gambar tidak menarik.

Startrails

InsyaAllah next time akan cuba cari lokasi yang lebih menarik. Sekian sahaja untuk kali ni, ‘post’ seterusnya akan kongsi gambar lain pula. Sebarang pertanyaan bolehlah tanya dalam ruang komen di bawah ni.

 

p/s: saya mahu S100! siapa-siapa tolong belanja hehe =P ada kamera kecil baru best layan ‘street photography’

Friday, November 25, 2011

Twenty-Five: Part 1

Sukan Interbatch tahun ni agak special. Mungkin kerana kami merupakan batch yang paling senior, so semangat tu lebih sedikit. Post kali ni mungkin tak ada gambar, nak cuba berlatih menulis pula. Sebelum mula 'berkarya' tadi, dalam otak macam-macam idea nak tulis. Tapi bila dah depan laptop, entah macam mana tiba-tiba hilang. Niat nak tulis dalam English, sebab biasanya lagi senang nak sampaikan mesej sebenar, namun apakan daya, disebabkan malas pergi tuisyen English lepas UPSR dulu, maka penulisan dalam English tunggang-langgang, dan ayat macam darjah 1. Maka untuk kepentingan bersama, eloklah jika saya meneruskan 'karya' saya dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, tapi ada la selit-selit English sedikit.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok dah hilang idea. Taktau nak tulis apa. Memang patut letak gambar je -__-' 
akan bersambung dalam Part 2 =P
chow~

Monday, November 7, 2011

Recent events

Assalamualaikum. Banyak aktiviti yang berlangsung untuk beberapa minggu ni. Maka, nak update la sikit apa yang berlaku. Macam biasa malas nak bercerita panjang, hanya nak letak beberapa gambar. Tapi sikit je la nak letak, gambar-gambar lain boleh  lihat di Flickr dan juga Facebook. Antara aktiviti paling terkini adalah acara Manipal Light iaitu menerbangkan lantern beramai-ramai di KMC Green sempena sambutan Diwali. Acara ni memang pengalaman baru buat aku sebab tak penah tengok lagi secara ‘live’ sebelum ni. I can say it is very beautiful, terutamanya bila banyak-banyak terbang sekaligus kat langit.

DSC_3496

Aktiviti seterusnya pergi Jog Falls iaitu air terjun yang kedua tertinggi di India

DSC_3762 with description

Ini gambar dari atas, sebelum turun bawah

DSC_3746_stitch

Ini gambar di bawah air terjun. Masa pergi tu air tengah sikit, so boleh mandi-manda. Kalau time monsun memang tak dapat la, boleh google sendiri kalau nak tengok banyak mana air time monsun.

DSC_3902

Dan gambar terakhir ni adalah jamuan Aidiladha ataupun Bakrid, ‘term’ yang digunakan orang kat sini. Disebabkan tidak mahu perkara tahun lepas berulang lagi, iaitu lepas solat hari raya pergi makan kat Charaka (kedai makan) yang sememangnya tak ada suasana raya langsung haha, maka aku dan Farid bercadang nak buat jamuan kecil-kecilan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seronok =)

Sekarang pun sedang berlangsung sukan Interbatch. Sedikit kecewa sebab prestasi bermain basketball semakin teruk. Sebab utama boleh bagi semestinya sebab dah jarang sangat main, even sebulan sekali pun payah. Keseronokan bermain basketball dah tak macam dulu. I miss those moment =(

Ok tu je la kot. Adios.

 

p/s: Alhamdulillah persoalan 5 tahun dah terjawab. Hope you can gain your confident and trust soon =) Amin

Sunday, October 23, 2011

Relationship

DSC_2863 
Assalamualaikum. Hello. Hi. Agak lama tak tulis panjang-panjang dalam blog ni. Lagi prefer letak gambar je. Tapi tak bercadang nak tulis panjang pun, just nak update skit. Tajuk untuk post kali ni memang agak pelik. Relationship. Well I guess I never wrote anything about my relationship with any people. Maybe I’m not ready to talk about it. The things is, it’s getting complicated from day to day…..hmm from year to year. It never get any easier. But let’s just think it in a positive way. No matter how hard I try, how long I wait, how long the patience is, I know Allah already reserves the right person for me. So let’s just wait =)

Friday, October 7, 2011

Kashmir

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk terus meng’update’ blog ni yang usianya hampir menjangkau 4 tahun. Jika dilihat dalam ‘archives’ posts dalam blog ni, aku mula menulis blog pada Disember 2007. Masa tu baru memulakan program IB di KMS. Namun post kali ni bukan nak bercerita pasal sejarah blog ni, tapi nak berkongsi serba sedikit pengalamanku di bumi Kashmir pada cuti semester yang lalu.

Alhamdulillah perjalanan di sana banyak mengajar aku pengalaman-pengalaman baru disamping menikmati keindahan ciptaan Allah. SubhanAllah. Pemandangan di sana memang amat mengasyikkan sehingga tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Aku cuba merekodkannya ke dalam kameraku yang tak seberapa ni supaya dapat berkongsi dengan mereka-meraka yang tak berpeluang untuk sampai ke sana, harap-harap dapat memberi gambaran sebenar serba-sedikit keadaan di sana. Macam biasa aku akan selitkan beberapa gambar di sini, let the photos tell the story. Untuk melihat lebih gambar boleh la berkunjung ke Flickr ataupun Facebook. Sekian.

DSC_0344

DSC_1839_stitch

DSC_0511

DSC_1462

DSC_2069

Wednesday, September 7, 2011

Life must go on

DSC_9297

Assalamualaikum

Korang mesti dah biasa dengar satu pepatah ni, hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Apabila roda itu berputar, maka hidup kita ini diselang-seli dengan kejayaan dan juga kegagalan. Why I came out with this topic? I’m sure if I’m happy and successful right now, I might not be writing about this. So it must be the other way =)

Thanks to a friend who texted and called me about the result. The right person to tell such news.

I’m not that sad and depressed. I knew what I’ll face as I stepped out from the examination hall. But the social networking just make it worse. I tried to stay away from it but I can’t. Congratulation to all my friends, your hard works are paid off. I’m not there yet.

I started to question myself again the same question that I have when I entered med school. But I know I should stay away from it. Allah have better plan for me. I have faith on it.

There’s a lot of things that I have in mind, but I just couldn’t put it into words. Yeah I’m bad at writing, but I’ll try.

From the day I got my result, the only thing in my mind is what my life would be when I’m back in Manipal. It scares me out. I don’t know why. That’s all for now.

DSC_0104

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah tahun ini masih berkesempatan untuk pulang beraya di kampung. Seperti kebiasaannya raya pertama akan pulang beraya di kampung sebelah abah dulu di Kuala Krai.

DSC_9890

Tahun ni warna tema adalah hijau. First time ada baju warna hijau.

*I don’t really have mood to write right now*

*macam-macam benda bermain di kepala*

DSC_9945

Raya kedua beraya di kampung sebelah ibu di Pasir Mas

Menu tahun ni agak special: Steamboat

*raya kedua juga mendapat berita pasal result, terima kasih kepada yang menyampaikannya*

*pasti ada hikmah disebalik semua ni, Allah lebih mengetahui*

 

~Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin~

Tuesday, August 23, 2011

Udupi Fish Market

Alhamdulillah

Hari ini tercapai juga nak masak bersama-sama dengan housemates

Pergi pasar sama-sama

Masak sama-sama

Makan sama-sama

Fuhh berbuka puasa paling best sepanjang bulan Ramadhan ni

Memandangkan bulan puasa bermula pada musim study week, maka masing-masing sibuk, berbuka pun order makanan kedai je

Alhamdulillah hari ni diberi peluang =)

Gambar hanya sempat ambil time kat pasar je, time masak sure la sibuk masak, time makan lagi la, sibuk makan =P

DSC_9739

DSC_9762

DSC_9740

DSC_9747

Pasar kat sini masih menggunakan penimbang tradisional. Letak pemberat kat sebelah dan benda yang nak ditimbang kat sebelah lagi. I believe in Malaysia we can no longer see this thing being used by seller. Correct me if I’m wrong.

DSC_9748

This is one thing that we cannot see in Malaysia. This guy will go to each stall, dancing, then the seller must pay him money. I’m not sure for what purpose. But someone said today is Krishna Festival. I don’t know whether it has something to do with this guy or not. I also saw some other guys dressed like a tiger and they danced in front of shops. Maybe I should try to search about this culture more. It can be interesting.

I guess that’s all for now. I still have practical exams in a few days ahead. Theory exam? Nahh I don’t want to talk about that. I have tried my best. So just leave to Him to decide what’s the best for me. Redha dengan apa saja ketentuanNya.

No matter what happens, I believe Allah =)

Monday, July 18, 2011

Dulu, Kini, dan…..

TaDA! lagi sekali…

the idea to write always came when I’m in the study weeks, or anything related to ‘study’

so I’m sorry to myself, but at least this is one of the thing that I could do other than STUDY

usually, the idea to write only came when I have photo to share

DSC_0014

This photo was taken on 30/12/2008

This was the time when I first got my DSLR. A Nikon. An entry level. D60. It was the first step that I took to get serious with photography. Before that, I got a film camera, I forgot what model it is. Not a SLR, only a normal camera. My dad bought it because I want a camera before went to Sepang to watch F1. It was a school trip.

After the era of film camera ended, the digital came into place. But during that time my father don’t want to buy the digital camera even though I’ve asked for it several times. Then I just continued using the film camera. I felt so old-school (sampai malu nak keluarkan kamera kalau ambil gambar event pape, lagi-lagi orang lain semua pakai digital camera haha). Then lepas-lepas tu baru ada digital camera. Several models of SONY digital camera.

Then, I don’t know why suddenly I’m really interested with photography. I started to learn about DSLR through internet. Have a few friends which share the same interest. Starting to choose which brand, model, that suited me. I could say it was a tough decision. To create something out of nothing. But then Alhamdulillah, after successfully convinced my father, he willing to bought me one. I love my dad. He always support my interest =)

DSC_9337

This photo was taken today, 18/07/2011

It’s almost 3 years. I learnt a lot of things. Even my whole gadgets have changed =P. Thanks to all who have taught me all this while. I never regret spending lots of money (and my dad’s money =P) to fulfil my interest, because it worth every cents =)

Adios, need to study….

Saturday, July 16, 2011

Study Weeks

TaDA!

maka dengan ini dengan masa lebih kurang sebulan lagi saya akan menduduki peperiksaan akhir MBBS untuk tahun ke-dua

dan dengan ini juga saya akan (terpaksa) mengadap buku setiap hari tanpa ada aktiviti lain yang dapat saya lakukan

berbeza dengan tahun lepas saya masih lagi dapat mengisi masa study saya dengan aktiviti sukan seperti basketball walaupun musim hujan. kerana saya ada kawan yang selalu ajak main basketball tak kira cerah atau hujan. maka saya pun turut serta. namun tidak lagi tahun ini, saya hanya dapat berkawan dengan buku sahaja

DSC_9315

permulaan study weeks seperti biasa amat-amat lah sloww. maybe pressure tu tak sampai lagi. tapi sepatutnya dah ada! baca topik2 introduction ni agak menarik sebab dah boleh faham. kalau microb tu, dulu main telan je. satu apa pun tak faham. Alhamdulillah sekarang dah makin elok. InsyaAllah boleh study dengan lancar. Aminn.

Tu je nak mengarut. Sekarang ni hujan, angin kuat, sejuk. Nak study pun serba tak kena je. Tapi akan diteruskan!

Salam

Saturday, July 2, 2011

Emotionless

Hello. Nothing to say. Just wanna share some photos of my ‘emotionless friend’ =P

Enjoy!

DSC_8448

DSC_8409

DSC_8423

DSC_8415

Tuesday, June 28, 2011

At Last

DSC_8403

Before the class started this morning, I got a message from Manipal Post Office. The asked me to collect my Speedpost parcel. Yeay! As expected, the parcel arrived today. Thanks Mom!

During the afternoon break, I rushed to the post office after I took my lunch. But the rain hadn't stop since morning. There's not much option except put on my raincoat and went all the way to the post office with my bike.

Let just skip the story. There's a lot to tell, but I don't think it's necessary. So now here is my Danbo, after a long journey from Malaysia.   Wall-e got a new friend today =)

I don’t mind being childish, as long as I’m happy =)

Thursday, June 23, 2011

Wall-E

DSC_8350

I'm welcoming a new member to my 'little' family. He's just arrived from Mumbai this afternoon. I picked him up at the Blue Dart as I finished the class today. We're still waiting for one more member, he still on his way from Malaysia. I really hope he will arrive safely here and meet his new friend ^^

*yeah I still love toys despite my age, but only for collections and photography purposes =)*

Wednesday, June 22, 2011

Old Memories

DSC_8178

Bukan nak mengeluh mahupun merungut, cuma nak meluahkan/berkongsi apa yang terbuku dalam hati.

Kecil-kecil dulu memang bercita-cita nak masuk universiti. Abah pun ada janji, kalau berjaya masuk universiti, abah belikan kereta kancil sebagai hadiah. Wahh masa tu memang bersemangat nak belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dipermudahkan segala urusan menuntut ilmu dan berjaya dengan cemerlang.

Sejak kecil lagi, memang suka merekacipta. Benda-benda yang belajar dalam kelas Sains masa sekolah rendah dulu banyak diaplikasi. Ada satu masa tu belajar buat litar elektrik. So lepas sekolah minta dengan Abah suruh belikan wayar, klip buaya, mentol, suis dan macam-macam lagi. Tak berapa ingat dah. Abah pun bawa la pergi kedai elektrik dan suruh pilih barang apa nak. Perasaan masa tu bukan main gembira. Maka berjaya la buat litar elektrik kat rumah. Bila fikir-fikir balik memang Abah sangat support my interest =)

Dulu-dulu Abah selalu outstation pergi KL (sekarang pun selalu gak). So memang dah jadi rutin kalau Abah pergi KL mesti kami adik beradik (yang lelaki especially) masing-masing akan pesan alat mainan. So adik-adik yang lain biasanya akan pesan kereta, robot, dan sebagainya, dah lupa. Tapi aku lain, aku mesti suruh Abah beli alat-alat sains. Apa benda alat-alat sains? Yang paling aku tak lupa bila satu kali tu Abah balik bawa teleskop. Besarrr =D. Perasaan masa tu tak tergambar dengan kata-kata. I love my dad.

Apa purpose aku cerita semua ni? Entah la, saja mengimbau memori. Sebab cita-cita pertama dulu nak jadi saintis. Tapi bila fikir-fikir balik saintis apa la yang boleh jadi kat Malaysia ni. Abah pun tak recommend. So tukar la cita-cita nak jadi jurutera, just like my dad.

Tup-tup amik bidang doktor. Apa kes? Haha malas nak cerita. Rasanya pernah cerita dalam entry-entry yang lepas. Abaikan la.

Actually nak cerita pasal life in university, tapi dah divert pergi topik lain. Biasa la tu, lain yang rancang, lain yang ‘tertulis’.

After all, what I’m encounter today is not the 'university life’ that I was expecting for, with all the disappointments and bad results in every exam. I don’t know what has happen to me all this while. This is not the real me. This is not what I used to be 10 years back. I’m no longer have the enthusiasm to apply what I learnt everyday. Maybe because I chose the opposite way from what I am. But I’m not blaming anyone. Allah knows better. He has provides me this route, I’ll walk through it, not matter what. I know I can do it.

Thursday, June 9, 2011

=)

Penat kan?

Yup, penat sangat-sangat

Seronok kan?

Haah sangat seronok, boleh gelak sorang-sorang

So, nak buat lagi?

Taknak dah, cukup-cukup la tu

………………………………………………………………………

my first try doing time-lapse

not that good, but acceptable, for me

view in full HD for better view

TQ

Monday, May 30, 2011

……………

DSC_7865

Today’s paper was the disastrous ever. For the first 1 hour I was just looking at the blank sheets(sss) of paper. The next 1 hour was just to fill the blanks with words that just to make myself ‘comfortable’. Is this the end? Yeah there’s one more block ahead, but still, not much I can do about it. I want to stay positive, but I just can’t. What you see on my face was just a fake smile. There’s a big burden behind it, and I need to carry it for the next 2 months.

Saturday, May 21, 2011

Exam lagi!!

DSC_7374

Tirai block 3 berlabuh dengan rasminya petang tadi diakhiri dengan mempelajari proses membuat “catheterization”. Benda yang aku fikir simple dan mudah pada awalnya, iaitu sebelum start belajar, rupa-rupanya agak rumit. I mean takde la rumit sangat-sangat tapi dalam banyak-banyak clinical skill yang kitorang belajar, prosedur kali ni agak mengambil masa. Habis basah lab hari ni angkara bakal-bakal doktor daripada batch 25. Bayangkan kalau air tu betul-betul “urine” @_@ Haha.

Hmm so exam start khamis ni. Hari ni Sabtu, tapi dah malam, so start kira hari Ahad. Ada 4 hari lagi! Satu hari satu subjek! Wow!

Kalau sekarang ni masih first year, 4 hari study leave tu amat la lama. Boleh dapat distinction agaknya. Tapi tidak sama dengan second year. Nak revise satu round pun belum tentu habis. Alhamdulillah markah test block ni agak memberangsangkan berbanding block lepas. Harap-harap dapat dikekalkan or ditingkatkan lagi untuk exam sebenar nanti.

Dah lupa nak cakap pasal apa sebenarnya. Hmm pray for my success!!!

Wednesday, May 4, 2011

Nostalgia

smesh

hari ni tiba-tiba sorang kawan ni tag kat satu gambar. bila buka je gambar tu, tersenyum sendiri =) pastu ketawa hahaha. serius lawak. semua muka kanak-kanak lagi. saya memang rindu kawan-kawan SMESH. tapi apakan daya tak sempat nak tamatkan zaman sekolah menengah bersama mereka. terpaksa keluar awal *sedih*. Gambar ni kalau tak silap time form 2. 2 Beta. Saya rindu Mdm Dayang. Guru kelas kami yang sporting! ajar English. 3 orang classmates dalam gambar ni belajar kat India gak. Time Legenda sebelum ni sempat jumpa mereka. Alhamdulillah. Thanks Nury for the photo.

Monday, May 2, 2011

Busy week

Jengjengjeng….minggu ini dan minggu depan saya akan dihujani dengan pelbagai jenis test meliputi semua subjek iaitu pharmacology, microbiology, dan pathology. Selain itu, pada hujung minggu ni pula ada presentation MSP. Maka saya isytiharkan saya sangat sibuk. Tapi masa-masa untuk bersukan dan sebagainya dah reserve awal-awal, so saya sama sekali tidak akan jadi nerd yang baca buku 24jam (impossible, sejam pun tak lepas). So, apa nak cakap untuk post kali ni? seperti biasa, tidak akan terlepas daripada mengarut dan merepek.

Seorang kawan pernah bertanya kepada saya, kenapa tak letak gambar sendiri sebagai profile picture? well, I put my own photo as my profile picture in facebook, especially the one with camera in it =P actually she’s referring to other account. Hmm entah la. Takde sebab utama tak letak gambar sendiri. Biasanya orang akan letak gambar yang dia rasa cun, macho, smart, lawa, etc, yela, siapa nak letak gambar sendiri yang hodoh (maybe ada la sesetengah orang)…….hmm maybe because I seldom got those kind of pictures. Hehe. Well, I do have my collections of photo of me, eventhough 90% of photos from my camera only got the pictures of other people. That’s the fate of a photographer. I’m not complaining about it. I never care. But my mum care! Hehe. Yela, mak siapa taknak tengok gambar anak dia dok belajar kat oversea. Buka album kat facebook, tengok2 semua gambar orang lain =P

DSC_5694

Ni time pergi cameron cuti yang lepas. credit to my sis for this photo. thanks!

Friday, April 22, 2011

Enough

DSC_6733

Hai!

minggu ni agak busy. journal bertimbun-timbun. revision untuk lectures dah lost kat mana pun taktau. awal-awal block je sempat nak revise setiap hari. pastu setiap hari tambah benda baru. entah bila nak habis. haish jangan  merungut! buat je. Allah akan tolong =)

now study kat bilik je. dah malas nak gi library. manusia makin ramai dalam tu. sesak. rimas. takleh concentrate. tapi ada janji yang belum ditunaikan. tengok la bila ada masa.

I need to get rid that stuff above. dah bosan ke pakai bb? takde la. this is the best phone that I ever have. so kenapa? hurmmm….ada siapa-siapa nak tukar phone tak? saya sudi. tapi saya nak tukar dengan iphone 4 sahaja haha.

ok dah merapu dalam post ni. nampak sangat otak dah tak betul. before it leads to something worse, I better stop writing. Ok bye.

[twice….that’s enough]

Thursday, April 7, 2011

Change

Hai. Benda yang paling nikmat bagi student Medic adalah bila takde kelas. Hari ni kelas sampai 11.30 pagi sahaja. Alhamdulillah. Boleh la rilek-rilek. Kemungkinan untuk kelas takde memang la sangat jarang di Manipal ni. Actually bukan la kelas cancel, hari ni turn batch lain plak untuk clinical skills. So free la. Sepatutnya nak pergi autopsy hari ni, tapi entah la macamana ada kekeliruan waktu. Cakap tadi pukul 3, sekali dah start awal pulak.

So, apa nak merepek kali ni? Takde apa sangat, saja nak update blog petang-petang yang bosan camni. Well, aktiviti petang dah tak diisi  dengan bermain basketball seperti sebelum-sebelum ni. Taktau la kenapa. Dah tak semeriah dulu. Sekarang ni maybe main seminggu sekali kat Marena, tu pun waktu malam. Sebab tu jarang sangat pergi. Malas nak keluar. Malam memang aku sediakan untuk study. But once in a week, boleh la kot sekali-sekala nak pergi.

Nak share satu gambar. Dah lama nak try amik gambar titisan air. Sebelum ni kelengkapan tak berapa nak cukup. So pinjam lens kawan, tamron 90mm 1.8. Since dah ada speedlight, so boleh la nak try. Sebelum ni dah try sekali tapi just guna macro filter dan built-in flash. So ini la hasilnya, walaupun tak berapa nak jadi, tapi boleh la untuk newbie macam aku ni.

DSC_6046

Owh lupa pula pasal tajuk post kali ni. Change. Apa yang berubah? Hmm since result block 2 still hancus, so terpaksa tingkatkan usaha untuk block ni. Alhamdulillah hampir setiap hari dapat mencecahkan kaki ke library. Boleh la revise apa topik yang belajar setiap hari. Walaupun tak berapa nak sempat untuk revise kesemua subjek, tapi boleh la habiskan setakat mana yang mampu. Itu je kot.

Tuesday, March 22, 2011

The End

DSC_5518_stitch

Masa di Malaysia tinggal lagi lebih kurang 3 hari. Maka, tamat la cutiku selama sebulan. Yup, kami memang cuti sebulan je berbanding rakan-rakan overseas lain yang biasanya cuti 3 bulan. Kenapa begitu? tanya la India. So, apa yang aku buat sepanjang cuti yang ‘lama’ tu?

Tengok gambar kat atas tu pun dah tau. Cameron Highland. Trip ni anjuran mak saudara belah ayah aku. Walaupun tak semua adik beradik ayah aku dapat hadir, but still it was great. Dapat jumpa sepupu-sepupu yang semua dah besar-besar belaka. Nama diorang pun aku tak ingat, maybe tak tau pun. Tapi sepupu-sepupu yang ada pun semua kecik-kecik lagi. Yang sebaya dengan aku semua tak cuti. So main dengan budak-budak je la kat sana.

geng

Sebelum pergi ke Cameron tu, ada satu lagi event yang best. Jumpa geng-geng camera. Sorry Hariz curi gambar kat facebook. So, paling kiri tu aku, then Hariz, member sekolah menengah dulu, then Omar, otai photography aka tokey racun bak kata Hariz haha, kenal kat facebook, ni first time jumpa. Paling kanan tu Irfan, the only sony alpha user, member kat Manipal. Outing ni sangat la best. Banyak dapat belajar benda baru, try lens 85mm 1.8, dan lepak-lepak kat klcc. Harap dapat jumpa lagi next time. InsyaAllah.

DSC_5916

Tadaa! Kasut baru haha. Since kasut sekarang dah koyak rabak, so ‘terpaksa’ la beli baru. Sorry reza, kasi koyak dulu kasut ko baru boleh beli. Ingat nak try shoot ala-ala iklan kasut, tapi kemahiran tak berapa cukup lagi, ni pun still dok testing lagi speedlight. Agak susah, tapi best.

So, setakat tu dulu la. Flight hari Jumaat ni pulang ke Manipal. Doakan perjalanan kami agar selamat sampai. Azam baru block 3. Banyak nak kena backup. Salam.

Saturday, March 12, 2011

Clouds

Ok. Saya sangat bosan di rumah. Member semua dok jauh-jauh. Kalau ada sorang member kat sini pun jadi la. Tak kisah la siapa. Boleh la buat borak, lepak minum-minum kat warung ke. What make it worse now, no car. Nak ronda-ronda ambil gambar pun tak boleh. Kan bagus stay kat KL hari tu lama sikit, siapa suruh balik, kan dah menyesal. Tapi takpe, lusa family day kat Cameroon Highland =)

So for now, sebab dah bosan sangat, macam biasa akan geladah satu folder dalam laptop ni iaitu ‘Pictures’

I love clouds. It makes a picture far more better and looks very very interesting. So upload la sikit gambar-gambar awan ni. Gambar tak menarik pun, I just love the clouds.

DSC_5217

DSC_5219

Sayangnya kat Manipal jarang-jarang sekali nampak awan yg dramatic. Kalau musim panas tu memang takde langsung, clear je langit tu. Kalau monsoon season tu boleh tahan la banyak awan. Dan hujan.

So, I’m hoping a great series of photos from Cameroon

Chow~

Thursday, March 10, 2011

Universal Studio Singapore

Hai. Malas nak menulis sebenarnya. Tapi nak gak tulis. Hmm seminggu yang lepas pergi Singapore. To be exact, Universal Studio Singapore. Since trip ke Egypt terpaksa cancel, so gantinya pergi la ke USS. So apa ada kat sana?

DSC_4357

Sebelum tu, nak cerita pasal orang Singapore ni. Well, I’m impressed. Dalam MRT (same as LRT in Malaysia), diorang ni sangat la rajin. They read. Not magazine. Not newspaper. Not comic. But academic book. Even tengah jalan pun sempat lagi buat soalan math. Nak naik bas pun diorang buat satu line panjang. Beratur. Walaupun tak ada pegawai yang berjaga dan suruh diorang buat macam tu. And one more, mostly people there use iphone. Tak kira la pakcik ke, makcik ke, tua ke, muda ke, masing-masing ada iphone kat tangan. Kalau bukan iphone, Blackberry. Ada la beberapa orang yang nampak pakai phone selain tu.

DSC_4402

Maka sampai la kami ke tempat yang nak dituju. I don’t know how to describe the place. But for me, you should go! Seriously! Walaupun entry fee agak mahal, SGD 66 (RM158), tapi sangat berbaloi. My advice, go early in the morning (well it opens at 10am) until the place closes. So baru berbaloi kan hehe. Lagipun tempat tu boleh kira besar dan banyak aktiviti yang boleh buat, including shows, rides, and mostly taking pictures! They place is beautiful. As I said earlier, malas sebenarnya nak menulis. So memang tak nak cerita pun apa yang kitorang buat kat sana. For more pictures boleh la tengok kat facebook. Nak tau apa best boleh la tanya personally. Ok. Assalamualaikum.

Sunday, February 27, 2011

Cuti?

DSC_4056

Alhamdulillah. Selamat sampai di Malaysia dua hari lepas. Kali ni tiba dari Cochin memandangkan tiket last minit ke KL lebih murah dari situ berbanding Bangalore. Sebelum tu menaiki train dari Udupi dan berhenti di Aluva. Then terus ke airport lebih kurang 20 min dari situ. Macam biasa my parent akan datang ambil dari Kemaman. Terengganu?? Wahhh jauhnya datang ambil. Itulah biasa orang akan cakap. Tak la jauh mana pun, lebih kurang 4 jam camtu sampai ah. Bertolak dari LCCT around 1am. Sampai rumah around 5.30am. So apa aktiviti pertama kat Malaysia? Jom Heboh! haha. My mum ajak pergi Jom Heboh kat Kuala Terengganu. So pergi lah kami sekeluarga ke KT. Tak semua ada pun. Dua orang lagi adik belum cuti.

*warning: post kali ni banyak gambar*

DSC_4086

Asalnya malas nak bawa camera besar gedabak tu. Beg pun besar so malas nak bawa ke hulur ke hilir. Tapi my mum and my sister suruh bawa, so terpaksa la bawa. Sememangnya tak menyesal. Nampak krew-krew TV3 dok temuramah orang.

DSC_4105

Dulu pernah gak pergi Jom Heboh ni time kat Sabah. Rasanya time tu still panggil Sure Heboh. So macam biasa benda yang akan dibeli adalah biskut-biskut yang dorang letak dalam beg plastik macam ni yang berharga rm10 satu. So apalagi borong la.

DSC_4109

Cuba teka siapa tu? Sure la kenal kan. Tomok je la kot satu-satunya artis yang aku nampak kat sini. Kalau ada yang lain pun maybe aku tak kenal.

DSC_4119

Yang dok minum ribena tu adik aku paling kecil. Yang dok posing tu tak tau siapa.

DSC_4129

Ni dorang tengah buat siaran langsung kat pameran perodua. Pengacara ni macam pernah nampak tapi tak tau la nama apa.

DSC_4122

Ni antara krew-krew tv3 yang membuat rakaman di karnival Jom Heboh. Yang korang nampak kat tv tu maybe dari camera ni la kot =P

DSC_4138

Dalam kesibukan orang ramai bergembira kat karnival ni, makcik-makcik ni tekun melaksanakan tanggungjawab memastikan kawasan persekitaran bersih. I salute!

DSC_4147

Sorry la aku suka ambil gambar dorang ni dok temuramah orang. Macam cool je haha. Kali ni orang yang ditemuramah adalah budak-budak muda yang dok bersantai ramai-ramai kat padang.

DSC_4153

Inilah stage yang akan digunakan pada waktu malamnya. Yang korang tengok kat berita tv3 pukul 8 tu. Aku tak ada la nak stay sampai malam. Pergi jalan-jalan kat pameran tu cukup la. Untuk berhibur tu, no need la. Lagipun ni first time Jom Heboh buat kat kawasan pantai timur ni.

DSC_4225

On the way balik ibu tanya nak singgah pantai kemasik tak? Aku pun apalagi sure la cakap nak. Tempat ni hotspot photographer dok ambil gambar. Biasa dorang amik gambar jenis slow shutter kat kawasan batu-batu tu. But since aku tak bawa tripod, tak ada filter, time tu pun cerah lagi, so aku cari la benda lain nak amik. Pantai kat kawasan timur ni semua boleh nampak sunrise je, so tak boleh la nak ambil gambar sunset pantai ni. Aku pun cari la subjek lain. So, jadi la gambar kat atas ni.

Next: maybe around one or two more days nak pergi Johor, then Singapore! Jalan-jalan dengan member dulu. Then balik tu nanti baru jalan-jalan dengan family plak ke Cameron Highland! InsyaAllah semua berjalan lancar. Aminn…