Friday, November 25, 2011

Twenty-Five: Part 1

Sukan Interbatch tahun ni agak special. Mungkin kerana kami merupakan batch yang paling senior, so semangat tu lebih sedikit. Post kali ni mungkin tak ada gambar, nak cuba berlatih menulis pula. Sebelum mula 'berkarya' tadi, dalam otak macam-macam idea nak tulis. Tapi bila dah depan laptop, entah macam mana tiba-tiba hilang. Niat nak tulis dalam English, sebab biasanya lagi senang nak sampaikan mesej sebenar, namun apakan daya, disebabkan malas pergi tuisyen English lepas UPSR dulu, maka penulisan dalam English tunggang-langgang, dan ayat macam darjah 1. Maka untuk kepentingan bersama, eloklah jika saya meneruskan 'karya' saya dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, tapi ada la selit-selit English sedikit.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok dah hilang idea. Taktau nak tulis apa. Memang patut letak gambar je -__-' 
akan bersambung dalam Part 2 =P
chow~

Monday, November 7, 2011

Recent events

Assalamualaikum. Banyak aktiviti yang berlangsung untuk beberapa minggu ni. Maka, nak update la sikit apa yang berlaku. Macam biasa malas nak bercerita panjang, hanya nak letak beberapa gambar. Tapi sikit je la nak letak, gambar-gambar lain boleh  lihat di Flickr dan juga Facebook. Antara aktiviti paling terkini adalah acara Manipal Light iaitu menerbangkan lantern beramai-ramai di KMC Green sempena sambutan Diwali. Acara ni memang pengalaman baru buat aku sebab tak penah tengok lagi secara ‘live’ sebelum ni. I can say it is very beautiful, terutamanya bila banyak-banyak terbang sekaligus kat langit.

DSC_3496

Aktiviti seterusnya pergi Jog Falls iaitu air terjun yang kedua tertinggi di India

DSC_3762 with description

Ini gambar dari atas, sebelum turun bawah

DSC_3746_stitch

Ini gambar di bawah air terjun. Masa pergi tu air tengah sikit, so boleh mandi-manda. Kalau time monsun memang tak dapat la, boleh google sendiri kalau nak tengok banyak mana air time monsun.

DSC_3902

Dan gambar terakhir ni adalah jamuan Aidiladha ataupun Bakrid, ‘term’ yang digunakan orang kat sini. Disebabkan tidak mahu perkara tahun lepas berulang lagi, iaitu lepas solat hari raya pergi makan kat Charaka (kedai makan) yang sememangnya tak ada suasana raya langsung haha, maka aku dan Farid bercadang nak buat jamuan kecil-kecilan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seronok =)

Sekarang pun sedang berlangsung sukan Interbatch. Sedikit kecewa sebab prestasi bermain basketball semakin teruk. Sebab utama boleh bagi semestinya sebab dah jarang sangat main, even sebulan sekali pun payah. Keseronokan bermain basketball dah tak macam dulu. I miss those moment =(

Ok tu je la kot. Adios.

 

p/s: Alhamdulillah persoalan 5 tahun dah terjawab. Hope you can gain your confident and trust soon =) Amin