Friday, December 30, 2011

Twenty-Five: Part 2

2 minggu yang lalu, Ezzat Razini datang dari Bangalore untuk melawat kami-kami di sini. Al-maklum la tempoh kami di sini dah tak lama. Tahun depan semua nak balik sambung belajar kat Melaka dah (insyaAllah). Tapi Izzat (bekas roomate aku kat KMS dulu) tak boleh datang, tak berapa sihat, terpaksa cancel last minute. So, since Ezzat dah ada kat sini (Manipal), berkumpul la geng-geng KMS macam dulu, walaupun tak la lengkap sepenuhnya. Manipal ni tak ada tempat nak jalan-jalan sangat, I mean yang dekat-dekat. Kalau yang jauh sikit tu ada tapi tak sempat nak bawa, sebab Ezzat pun datang kejap je. Maka, aku pun bincang la dengan budak-budak ni apa nak buat. Last2 buat la BBQ, dengan bantuan Ghazi yang urus segala-galanya.

DSC_6368

Ini ialah Edi. Masterchef kami kat sini. Sememangnya semua yang dia masak malam tu memang top class!

DSC_6385

Ini adalah cara yang paling efektif untuk mempercepatkan proses menghidupkan api hehe

DSC_6397

Ayam-ayam yang sedang dibakar

Keesokan harinya, turn budak-budak pompuan pula buat makan-makan. Kali ni memang eksklusif untuk budak-budak KMS je. BBQ malam tu kitorang ajak semua budak-budak laki batch 25. Sebelum ni aku dengan Chang dah plan nak buat BBQ kat rumah, so alang-alang Ezzat dah datang, maka terus la buat BBQ untuk semua. Yeah it was fun!

DSC_6456 (2)

So ini la kami =D Walaupun tak semua ada, tengok ramai ni pun dah cukup best. Gabungan M31 dan M32.

DSC_6450

Terima kasih Ezzat sebab datang! insyaAllah kalau ada peluang dan masa terluang, jemput la datang lagi, sementara budak-budak ni masih ada, aku memang akan ada lagi hehe.

Wednesday, December 28, 2011

Bintang-bintang

‘Update’ blog tidak semudah macam dulu. Banyak fikiran yang sangkut dalam kepala ni, tak mampu nak diluahkan dalam bentuk tulisan. Sebelum ni ada ‘publish’ satu ‘post’ yang boleh tahan panjang, tapi ‘draft’kan balik sebab takut ada sesetengah pihak yang akan tersinggung. Teringin nak menulis tanpa ambil kisah perasaan orang, tapi tak boleh la macam tu kan, kena la jaga hubungan sesama manusia. Maka, aku ambil langkah simpan dalam hati je. Tengoklah mana tau dah bengang sangat sampai terpaksa ‘publish’kan semula. Tapi bila marah tu, seelok-eloknya jauhkan la daripada twitter, facebook, blog….nanti bila dah reda mesti menyesal dengan apa yang kita tulis tu. Ambillah wuduk, insyaAllah marah tu hilang.

Sekarang ni aktiviti bergambor agak aktif. Terima kasih kepada Jani (Syazani) yang sungguh bersemangat belajar benda-benda baru. Macam tu la semangat yang aku nak tengok bila dah beli DSLR, bukannya simpan dalam almari, time travel or ada ‘event’ je baru nak keluarkan. ehem. maaf kalau siapa-siapa terasa =P. Paling terkini aku dapat praktiskan mengambil gambar pergerakan bintang-bintang di langit. Satu proses yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kena cari tempat yang betul-betul gelap. Kena tahan kesejukan angin malam (pakai la sweater). Kena berperang dengan nyamuk, sebab kebanyakan tempat nak ambil gambar bintang ni adalah kawasan semak. Kena ada kawan paling kurang seorang untuk berbual sambil menekan butang ‘shutter’ setiap 30 saat, baru la tempoh sejam tu rasa sekejap je. Ok, di sini aku tunjuk satu gambar ‘Star Trails’ yang bagi aku agak memuaskan, untuk percubaan yang kedua. Percubaan pertama lokasinya kurang mantap maka gambar tidak menarik.

Startrails

InsyaAllah next time akan cuba cari lokasi yang lebih menarik. Sekian sahaja untuk kali ni, ‘post’ seterusnya akan kongsi gambar lain pula. Sebarang pertanyaan bolehlah tanya dalam ruang komen di bawah ni.

 

p/s: saya mahu S100! siapa-siapa tolong belanja hehe =P ada kamera kecil baru best layan ‘street photography’