Alhamdulillah. Tercapai matlamat untuk menjejakkan kaki ke bumi Kolar yang terletak 472 km jauhnya dari Manipal, semata-mata nak melawat kawan baik masa kat SMACH dulu. Orang datang jauh-jauh ke Manipal, apa salahnya kita melawat diorang pula kan. Tak banyak nak cerita pasal Kolar. Bandar-bandar kat India ni kalau tengok sekali lalu semua sama je, tak banyak beza. Satu benda yang lain sikit adalah bukit yang berbatu. Bukan batu biasa, tapi batu yang size dia besar-besar. Di samping tu sempat juga melawat college member aku tu, Sri Devaraj Urs Medical College, Kolar. Reka bentuk bangunan kolej tu agak unik dan menarik, dan terletak bersebelahan dengan hospital. Kolar ni jauhnya 72km dari Bangalore, lebih kurang 2 jam kalau naik bas. So bosan-bosan hujung minggu boleh la pergi shopping kat Bangalore.
NRI Men’s Hostel SDUMC
The new Yamaha R15 2.0. Kalau convert ringgit Malaysia lebih kurang RM6000++ sahaja~
Encik Zainul Hafeez @ Jeno
Sri Devaraj Urs Medical College. Cool design.
The view of Kolar from the hill
Tertanya-tanya macam mana bukit-bukit ni terjadi, dari mana datangnya batu-batu tu?
Sekian sahaja untuk post kali ini. Cerita trip China pun masih tertangguh, dah jadi macam trip India dulu
InsyaAllah akan ke Karad pula sebelum balik ke Malaysia~ Aminn
4 comments:
Hello, hi! Are u taking med? Okay. Nak tanya, how is it u can be sure about taking med. Tak doubt ke?
mula-mula tu memang doubt juga. med bukan course yang mudah. paling penting kena ada minat yang tinggi. Allah dah letak dalam jalan ni, so tak perlu nak doubt lagi. mesti ada sebab. so just teruskan dan usaha betul-betul. =)
Tak ambil lagi pun, baru lepas A level and at least I can opt for what I want. Med, normally we chose sebab parents tapi dalam otak sibuk nak business. Btw thanks! Goodlucks.
follow your dream. bagitau elok2 kat parent apa minat sebenar. kalau tak nanti akan ada problem time med school. all the best =)
Post a Comment