‘Update’ blog tidak semudah macam dulu. Banyak fikiran yang sangkut dalam kepala ni, tak mampu nak diluahkan dalam bentuk tulisan. Sebelum ni ada ‘publish’ satu ‘post’ yang boleh tahan panjang, tapi ‘draft’kan balik sebab takut ada sesetengah pihak yang akan tersinggung. Teringin nak menulis tanpa ambil kisah perasaan orang, tapi tak boleh la macam tu kan, kena la jaga hubungan sesama manusia. Maka, aku ambil langkah simpan dalam hati je. Tengoklah mana tau dah bengang sangat sampai terpaksa ‘publish’kan semula. Tapi bila marah tu, seelok-eloknya jauhkan la daripada twitter, facebook, blog….nanti bila dah reda mesti menyesal dengan apa yang kita tulis tu. Ambillah wuduk, insyaAllah marah tu hilang.
Sekarang ni aktiviti bergambor agak aktif. Terima kasih kepada Jani (Syazani) yang sungguh bersemangat belajar benda-benda baru. Macam tu la semangat yang aku nak tengok bila dah beli DSLR, bukannya simpan dalam almari, time travel or ada ‘event’ je baru nak keluarkan. ehem. maaf kalau siapa-siapa terasa =P. Paling terkini aku dapat praktiskan mengambil gambar pergerakan bintang-bintang di langit. Satu proses yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kena cari tempat yang betul-betul gelap. Kena tahan kesejukan angin malam (pakai la sweater). Kena berperang dengan nyamuk, sebab kebanyakan tempat nak ambil gambar bintang ni adalah kawasan semak. Kena ada kawan paling kurang seorang untuk berbual sambil menekan butang ‘shutter’ setiap 30 saat, baru la tempoh sejam tu rasa sekejap je. Ok, di sini aku tunjuk satu gambar ‘Star Trails’ yang bagi aku agak memuaskan, untuk percubaan yang kedua. Percubaan pertama lokasinya kurang mantap maka gambar tidak menarik.
InsyaAllah next time akan cuba cari lokasi yang lebih menarik. Sekian sahaja untuk kali ni, ‘post’ seterusnya akan kongsi gambar lain pula. Sebarang pertanyaan bolehlah tanya dalam ruang komen di bawah ni.
p/s: saya mahu S100! siapa-siapa tolong belanja hehe =P ada kamera kecil baru best layan ‘street photography’
3 comments:
terbaek ah!!!!! ^^
teringin sesgt nak amek shot start track mcm ni tapi alahai tak reti (tak cukup ilmu) hoho~~~
thanks!
x susah sangat pun. search tutorial kat internet. dah ada camera baru tu, bila lagi nak try kan. hehe...
Post a Comment