Assalamualaikum
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk terus meng’update’ blog ni yang usianya hampir menjangkau 4 tahun. Jika dilihat dalam ‘archives’ posts dalam blog ni, aku mula menulis blog pada Disember 2007. Masa tu baru memulakan program IB di KMS. Namun post kali ni bukan nak bercerita pasal sejarah blog ni, tapi nak berkongsi serba sedikit pengalamanku di bumi Kashmir pada cuti semester yang lalu.
Alhamdulillah perjalanan di sana banyak mengajar aku pengalaman-pengalaman baru disamping menikmati keindahan ciptaan Allah. SubhanAllah. Pemandangan di sana memang amat mengasyikkan sehingga tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Aku cuba merekodkannya ke dalam kameraku yang tak seberapa ni supaya dapat berkongsi dengan mereka-meraka yang tak berpeluang untuk sampai ke sana, harap-harap dapat memberi gambaran sebenar serba-sedikit keadaan di sana. Macam biasa aku akan selitkan beberapa gambar di sini, let the photos tell the story. Untuk melihat lebih gambar boleh la berkunjung ke Flickr ataupun Facebook. Sekian.
1 comment:
cantik...
Post a Comment