Bukan nak mengeluh mahupun merungut, cuma nak meluahkan/berkongsi apa yang terbuku dalam hati.
Kecil-kecil dulu memang bercita-cita nak masuk universiti. Abah pun ada janji, kalau berjaya masuk universiti, abah belikan kereta kancil sebagai hadiah. Wahh masa tu memang bersemangat nak belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dipermudahkan segala urusan menuntut ilmu dan berjaya dengan cemerlang.
Sejak kecil lagi, memang suka merekacipta. Benda-benda yang belajar dalam kelas Sains masa sekolah rendah dulu banyak diaplikasi. Ada satu masa tu belajar buat litar elektrik. So lepas sekolah minta dengan Abah suruh belikan wayar, klip buaya, mentol, suis dan macam-macam lagi. Tak berapa ingat dah. Abah pun bawa la pergi kedai elektrik dan suruh pilih barang apa nak. Perasaan masa tu bukan main gembira. Maka berjaya la buat litar elektrik kat rumah. Bila fikir-fikir balik memang Abah sangat support my interest =)
Dulu-dulu Abah selalu outstation pergi KL (sekarang pun selalu gak). So memang dah jadi rutin kalau Abah pergi KL mesti kami adik beradik (yang lelaki especially) masing-masing akan pesan alat mainan. So adik-adik yang lain biasanya akan pesan kereta, robot, dan sebagainya, dah lupa. Tapi aku lain, aku mesti suruh Abah beli alat-alat sains. Apa benda alat-alat sains? Yang paling aku tak lupa bila satu kali tu Abah balik bawa teleskop. Besarrr =D. Perasaan masa tu tak tergambar dengan kata-kata. I love my dad.
Apa purpose aku cerita semua ni? Entah la, saja mengimbau memori. Sebab cita-cita pertama dulu nak jadi saintis. Tapi bila fikir-fikir balik saintis apa la yang boleh jadi kat Malaysia ni. Abah pun tak recommend. So tukar la cita-cita nak jadi jurutera, just like my dad.
Tup-tup amik bidang doktor. Apa kes? Haha malas nak cerita. Rasanya pernah cerita dalam entry-entry yang lepas. Abaikan la.
Actually nak cerita pasal life in university, tapi dah divert pergi topik lain. Biasa la tu, lain yang rancang, lain yang ‘tertulis’.
After all, what I’m encounter today is not the 'university life’ that I was expecting for, with all the disappointments and bad results in every exam. I don’t know what has happen to me all this while. This is not the real me. This is not what I used to be 10 years back. I’m no longer have the enthusiasm to apply what I learnt everyday. Maybe because I chose the opposite way from what I am. But I’m not blaming anyone. Allah knows better. He has provides me this route, I’ll walk through it, not matter what. I know I can do it.
4 comments:
tarak hal la bro, komfem boleh nye, ingat janji kita jumpa di melaka nnt lg 1.5 taun :) ak blum beat ko bball lg tau > <
saintis apa la boleh jadi kat Malaysia..?
mcm2 saintis boleh jadi kat Malaysia nih...mcm2 bidang ada... cuma kena rajin explore :D
doktor pun boleh jadi saintis apa.. :)
tak sabar nak jumpa adik-adik aku nih.
to awe, tak adil kalau saya kata saya paham keadaan awak tapi saya tahu apa perasaan untuk buat apa yang kita tak suka. Saya pejuang keadilan buat adik2 saya kat umah bila cakap pasal ni!! XD
Saya doakan yang eventually Allah akan mengembalikan semangat awak seperti 10 tahun dulu.
i tak tau apa options yang ada, but lepas mbbs, u can still use the mbbs degree to pursue other careers i'm sure :) insya Allah
spark: haha insyaAllah...xdpt la x beat, ko dah lamaa beat ak, skang dah xreti main dah.
sapphire: tu cita2 time sek rndah, so xtau apa option ada hehe...tgk la saintis apa bleh jadi bila dah jadi doktor nanti, insyaAllah =)
izza: thanks izza =) i'm not saying that I have no interest at all in this course, I do love it, but the burden is really heavy for me, but I'm sure I can go through it, insyaAllah =)
Post a Comment