Alhamdulillah. Selamat sampai di Malaysia dua hari lepas. Kali ni tiba dari Cochin memandangkan tiket last minit ke KL lebih murah dari situ berbanding Bangalore. Sebelum tu menaiki train dari Udupi dan berhenti di Aluva. Then terus ke airport lebih kurang 20 min dari situ. Macam biasa my parent akan datang ambil dari Kemaman. Terengganu?? Wahhh jauhnya datang ambil. Itulah biasa orang akan cakap. Tak la jauh mana pun, lebih kurang 4 jam camtu sampai ah. Bertolak dari LCCT around 1am. Sampai rumah around 5.30am. So apa aktiviti pertama kat Malaysia? Jom Heboh! haha. My mum ajak pergi Jom Heboh kat Kuala Terengganu. So pergi lah kami sekeluarga ke KT. Tak semua ada pun. Dua orang lagi adik belum cuti.
*warning: post kali ni banyak gambar*
Asalnya malas nak bawa camera besar gedabak tu. Beg pun besar so malas nak bawa ke hulur ke hilir. Tapi my mum and my sister suruh bawa, so terpaksa la bawa. Sememangnya tak menyesal. Nampak krew-krew TV3 dok temuramah orang.
Dulu pernah gak pergi Jom Heboh ni time kat Sabah. Rasanya time tu still panggil Sure Heboh. So macam biasa benda yang akan dibeli adalah biskut-biskut yang dorang letak dalam beg plastik macam ni yang berharga rm10 satu. So apalagi borong la.
Cuba teka siapa tu? Sure la kenal kan. Tomok je la kot satu-satunya artis yang aku nampak kat sini. Kalau ada yang lain pun maybe aku tak kenal.
Yang dok minum ribena tu adik aku paling kecil. Yang dok posing tu tak tau siapa.
Ni dorang tengah buat siaran langsung kat pameran perodua. Pengacara ni macam pernah nampak tapi tak tau la nama apa.
Ni antara krew-krew tv3 yang membuat rakaman di karnival Jom Heboh. Yang korang nampak kat tv tu maybe dari camera ni la kot =P
Dalam kesibukan orang ramai bergembira kat karnival ni, makcik-makcik ni tekun melaksanakan tanggungjawab memastikan kawasan persekitaran bersih. I salute!
Sorry la aku suka ambil gambar dorang ni dok temuramah orang. Macam cool je haha. Kali ni orang yang ditemuramah adalah budak-budak muda yang dok bersantai ramai-ramai kat padang.
Inilah stage yang akan digunakan pada waktu malamnya. Yang korang tengok kat berita tv3 pukul 8 tu. Aku tak ada la nak stay sampai malam. Pergi jalan-jalan kat pameran tu cukup la. Untuk berhibur tu, no need la. Lagipun ni first time Jom Heboh buat kat kawasan pantai timur ni.
On the way balik ibu tanya nak singgah pantai kemasik tak? Aku pun apalagi sure la cakap nak. Tempat ni hotspot photographer dok ambil gambar. Biasa dorang amik gambar jenis slow shutter kat kawasan batu-batu tu. But since aku tak bawa tripod, tak ada filter, time tu pun cerah lagi, so aku cari la benda lain nak amik. Pantai kat kawasan timur ni semua boleh nampak sunrise je, so tak boleh la nak ambil gambar sunset pantai ni. Aku pun cari la subjek lain. So, jadi la gambar kat atas ni.
Next: maybe around one or two more days nak pergi Johor, then Singapore! Jalan-jalan dengan member dulu. Then balik tu nanti baru jalan-jalan dengan family plak ke Cameron Highland! InsyaAllah semua berjalan lancar. Aminn…
5 comments:
welcome back bro. jumpe wknd nie =)
cntik la gmbar2 nie....
omaroza: nnti jumpa lagi. cari tempat lg best =)
arienafaridah: thanks =)
lawa gamba tasik tu :)
*bagus penjaga kuda aku, pakej lengkap. bole tangkap gamba kuda sekali :P
syitah: xde masa aku nak jaga kuda ko! =P
Post a Comment