Masa di Malaysia tinggal lagi lebih kurang 3 hari. Maka, tamat la cutiku selama sebulan. Yup, kami memang cuti sebulan je berbanding rakan-rakan overseas lain yang biasanya cuti 3 bulan. Kenapa begitu? tanya la India. So, apa yang aku buat sepanjang cuti yang ‘lama’ tu?
Tengok gambar kat atas tu pun dah tau. Cameron Highland. Trip ni anjuran mak saudara belah ayah aku. Walaupun tak semua adik beradik ayah aku dapat hadir, but still it was great. Dapat jumpa sepupu-sepupu yang semua dah besar-besar belaka. Nama diorang pun aku tak ingat, maybe tak tau pun. Tapi sepupu-sepupu yang ada pun semua kecik-kecik lagi. Yang sebaya dengan aku semua tak cuti. So main dengan budak-budak je la kat sana.
Sebelum pergi ke Cameron tu, ada satu lagi event yang best. Jumpa geng-geng camera. Sorry Hariz curi gambar kat facebook. So, paling kiri tu aku, then Hariz, member sekolah menengah dulu, then Omar, otai photography aka tokey racun bak kata Hariz haha, kenal kat facebook, ni first time jumpa. Paling kanan tu Irfan, the only sony alpha user, member kat Manipal. Outing ni sangat la best. Banyak dapat belajar benda baru, try lens 85mm 1.8, dan lepak-lepak kat klcc. Harap dapat jumpa lagi next time. InsyaAllah.
Tadaa! Kasut baru haha. Since kasut sekarang dah koyak rabak, so ‘terpaksa’ la beli baru. Sorry reza, kasi koyak dulu kasut ko baru boleh beli. Ingat nak try shoot ala-ala iklan kasut, tapi kemahiran tak berapa cukup lagi, ni pun still dok testing lagi speedlight. Agak susah, tapi best.
So, setakat tu dulu la. Flight hari Jumaat ni pulang ke Manipal. Doakan perjalanan kami agar selamat sampai. Azam baru block 3. Banyak nak kena backup. Salam.